bestnyeee

Pages

Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, February 13, 2009

Saman tak pakai tali keledar belakang dibatal......whattttt?

Kredit to Berita Harian

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis bersetuju membatalkan saman yang dikeluarkan bagi kenderaan persendirian yang belum memasang tali pinggang keledar di tempat duduk belakang selepas peraturan memakainya berkuat kuasa 1 Januari lalu.
-->hrmmm.....dlu masa saman dengan cepatnyer mnyaman...siap masuk paper...mcm tdek kajian trprinci jerk ek...

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata berikutan penyelarasan itu, pemilik, pemandu serta penumpang yang disaman boleh membuat pembatalan di agensi penguat kuasa yang mengeluarkannya.
-->kan dah kna amek cuti or half day or time off tuk p batalkan...huh....

"Masalah 'tersaman' bagi kes kenderaan yang belum memasang tali pinggang keledar di tempat duduk belakang berlaku hanya dalam tempoh satu atau dua minggu pertama peraturan baru ini dikuatkuasakan.
"Bagaimanapun, JPJ tidak 'tersaman' dalam perkara ini. Sebaliknya, kami 'sengaja' menyaman mereka yang tidak memakai tali pinggang keledar belakang walaupun kenderaan itu sudah dilengkapi kemudahan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
-->'tersaman'.....what?

Akhbar baru-baru ini melaporkan, kerajaan bersetuju mengkaji semula pembatalan saman terhadap pemilik, pemandu dan penumpang kenderaan persendirian yang belum ada tali pinggang keledar belakang.
Solah berkata, semua pemilik kenderaan persendirian yang belum memiliki tali pinggang keledar belakang diberi tempoh tiga tahun sehingga 31 Disember 2011 untuk memasangnya sebelum penguatkuasaan penuh dilaksanakan mulai 1 Januari 2012.
Sehingga 10 Februari lalu, JPJ sudah mengeluarkan 7,309 saman bagi kes tidak memakai tali pinggang keledar belakang di seluruh negara, katanya.

-->ha..kan dah kna kaji semula....

My Opinion
-kalo nk laksanakan sesuatu...laksanakan jerk r...kalo kejap nk..kejap tanak...org kureng respek r...sbb mentaliti akan pk 'kalo wat kesalahan nie,jap2 lg leh terbatal saman,so xyah ikut peraturan r'...kalo dh kejap boleh..kejap xboleh..kejap saman..kejap x saman...org dh x amek port...tdek ketegasan...
-buat kajian dlu sblum laksanakan........bertindak cm org bijak r sket..... rakyat berikan mandat tuk org2 yg bijak kan?
-andaikan saman2 hari tu just tuk survey respon....xyah r saman dlu ek...kasik warning jerk...rakyat akan paham....tdek r rs cm diperkotak katikkan

ntah hape aku emo pasal nie lak ek...
hahahhahhaha..
tuh r..tringin gaks nk komen psl negara.....
sekian Ulasan Berita di Hari Jumaat..
peace...

Enjoy Your MALAYSIA

1 comments:

xxxo said...

haihh.. apo kepesen neh. jap saman jap xsaman. huu.

duwett p tambah safety belt kat blkg tuh xleh claim kaaa? ngeh. :P